Kilang Kasut Getah Converse |
Ok kita mula....
Syarikat kasut getah Converse ni sebenarnya bermula pada tahun 1908 di Malden,Massachusetts, sebuah kota di US dan ia diasaskan oleh lelaki yang bernama "Marquis Mills Converse".
KELAHIRAN ALL STAR
Kemudian pada 1921, seorang pemain basketball yang bernama Charles Chuck Taylor telah menyertai pasukan basketball tajaan syarikat Converse yang dikenali sebagai "The Converse All Stars".
Chuck Taylor ketika menjadi jurulatih dan membuka klinik latihan di kebanyakan sekolah menengah pada masa itu, dia juga turut mempromosikan kasut All Star. Sebagai seorang athlete, jurujual dan duta kepada syarikat, Taylor membuat sedikit penambahbaikan dan patch bulat tu adalah salah satu ideanya. Fungsinya untuk melindungi buku lali.
ERA KEEMASAN CONVERSE
Kesan daripada pengaruh Chuck Taylor dalam bidang pemasaran dan pengembangan kasut ini, sayarikat Converse telah membuat penjenamaan semula dengan menambahkan tanda tangan Chuck Taylor pada logo ALL STAR di patch bulat kasut tersebut. ia dilakukan pada 1932.Ketika itu, semakin ramai pemain basketball menggunakan kasut All Star. ia juga turut dipakai pula oleh ahli sukan Olympics. Bukan itu sahaja, pada Perang Dunia ke-2, kebanyakan tentera Amerika turut memakainya sewaktu menjalankan latihan.
Era keemasan Converse adalah pada tahun 1940-1960an, ketika itu ia menjadi sneaker paling popular untuk kegiatan atletik. Dikatakan pada era kemuncaknya, ia telah mengusai sekitar 80% pasaran sneaker di US. Syarikat Converse juga telah membuat inovasi design pada era tersebut. Mereka memperkanalkan ikon hitam-putih Chuck Taylor All Star pada tahun 1949 dan low-cut Oxford Chuck pada 1957. Dan sehinggalah pada era 1960an mereka mula mengeluarkan Chuck Taylor versi berwarna bagi memenuhi permintaan dari team basket lain untuk dipadankan dengan pakaian mereka.
Pada 1960an juga, Converse mula mengembangkan syarikat mereka dan membuka lebih banyak kilang dari masa ke semasa dan kasut "Converse Chuck Taylor All Stars" sudah digunakan sekitar 90% dari pemain basketball bertaraf profesional sehinggalah ke peringkat pelajar universiti. Beberapa tahun kemudian, kasut ini semakin mendapat tempat dan menjadi salah satu kasut kegilaan ramai.
Sepanjang tahun tersebut, kasut Converse Chuck Taylor All Stars telah mangalami sedikit kejutan budaya..hehe asalnya hanya digunakan sebagai kasut elit pemain basketball, tapi ia akhirnya beralih kepada kasut kasual dan menjadi pilihan ramai dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah para pelukis dan pemuzik terkenal. ia telah menjadi satu trend.
Converse All Star di mana-mana |
KEJATUHAN CONVERSE
Selepas beberapa perubahan management berlaku, jenama Converse musnah dan terbakar di awal tahun 2000. Seterusnya hampir mengiktiharkan bankrup pada 2001. Namun berjaya diselamatkan oleh syarikat Nike Inc.
Tree Rollins adalah pemain terakhir yang memakai Converse All Stars di NBA apabila pada 1979-1980 dan dia turut serta dalam mengubah suai kasut Chuck Taylors. Mereka mengeluarkan patch Bintang Bulat di buku lali dan digantikan dengan Bintang Chevron yang dijahit di sisi kanvas.
Logo Converse Chevron |
Mohon share kepada kawan-kawan yang lain jika lu benar-benar pencinta Vintage. Assalamualaikum :D #WeLoveOldschool
No comments:
Post a Comment