Term ini sebenarnya membawa dua maksud yang berbeza. Satu bermaksud kasut tersebut hanya dipatternkan di USA, manakala term yang satu lagi membawa maksud ianya memang dikeluarkan di USA.
Tapi adakah kedua-dua kasut ini original?
Ya, kedua-dua kasut ini still original. Cuma bezanya Made in USA memang didesign sendiri oleh company Converse dan dikeluarkan di USA, negara asal. Istilah Designed in USA ni pula wujud sebab kasut yang dimaksudkan tadi dikeluarkan di negara lain selain USA dengan cara mengambil pattern kasut yang sama dari syarikat induk di USA dan tiru sebijik-sebjik.
Ada yang bertanya, tidak salah ke meniru?
Dalam kes ini Tidak, sebab mereka dah mendapat kelulusan dari company asal. Maksudnya mereka copy secara sah ataupun halalan toyyibah. Hehe
Alaaa.. nanti dorang bayar juga komisen kat HQ tu sebab bagi hak pattern kat dorang. Apa susah? Dorang untung, HQ lagi untung sebab ada orang nak tolong promote & jualkan brand dorang. Inilah bisnes broo.. :)
Ok.....
Selain daripada istilah Designed in... sebenarnya ada lagi satu istilah yang membawa maksud hampir-hampir sama dengannya, iaitu "Under Licence". Kalau tadi istilah Design in bermaksud kasut tu dikeluarkan di negara selain dari USA sahaja, istilah Underlicense pula membawa maksud kasut tu sama ada di keluarkan di negara lain atau pun USA sendiri, tak kisah. Yang pasti kedua-duanya dikeluarkan oleh company lain atau anak syarikat Converse setelah mendapat kelulusan.
Perbezaan yang jelas boleh kita tengok di sini ialah, jika ada istilah Underlicense maksudnya tak kira di mana sahaja tempat ia di keluarkan, sama ada di USA ke..Korea ke..China ke..barang still sama, yang penting buat oleh company lain, bukan induk. Tapi kalau istilah ada istilah Designed in.. memang comfirm dah kasut tu dibuat di negara lain, cuma di patternkan di USA. ^.^
Begitu juga dengan jenama-jenama lain seperti Nike, Puma dan Adidas. Konsepnya tetap sama. Tak kirala produk apa pun.
Kasut Converse Under License yang dikeluarkan di Korea |
Topi Adidas Under License dikeluarkan oleh Descente |
Ok bro?
Boleh faham dah?
Kalau ok, boleh minta tolong korang SHARE sikit dengan sahabat-sahabat kita yang lain?
Komuniti pencinta vintage kat Malaysia sekarang ni masih kecik lagi..so, jom kita sama-sama kembangkan.
#WeLoveOldschool
.....Yeaahhh
Thanks for your information 👍
ReplyDeleteSy dpt dri bundle 1 sweter adakah ia bernilai atau ada harga 99/100 kualiti mcm baru tpi dh jdi vantage..
ReplyDelete