Monday, 18 January 2016

Cara Mengelakkan Penipuan Online


Akhir-akhir ini banyak sangat penipuan berlaku dari transaksi secara online, sehingga kini semua orang mencari solusi yang paling trbaik namun masih tak jumpa. Akhirnya duit melayang begitu sahaja. Bukan sekadar puluhan ringgit, malah ada yang sampai ratusan bahkan ribuan ringgit semata-mata kerana ingin mendapatkan barang idaman yang sudah lama dicari. Tapi ditipu pula oleh si penjual yang tidak bertanggungjawab.

Kebiasaannya, MASALAH DAN PERSOALAN yang sering membelenggu pembeli online adalah seperti berikut:
  • Adakah kualiti barang sama seperti yang dinyatakan si penjual?
  • Adakah harga barang sepadan dengan kondisi barang yang akan dibeli?
  • Barang original atau fake?
  • Ukuran yang dinyatakan tepat tau tidak? dan...
  • Yang paling ditakuti sekali adalah, gambar yang ditunjukkan adakah betul-betul gambar si penjual atau hanya gambar yang didownload dari mana-mana website kemudian diguna untuk menipu?
Oleh itu, kami komuniti Pencinta Barang Vintage rasa terpanggil untuk membantu menyelesaikan masalah buyer dan seller-seller yang jujur di luar sana. Bukan apa, kesan dari sindiket penipuan ini bukan hanya merugikan pembeli sahaja, tapi juga penjual online yang betul-betul ingin berniaga. Tapi apakan daya, hanya kerana seorang dua yang buat hal, semua peniaga online terkena tempiasnya. Bak kata pepatah melayu dulu-dulu "Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga"

BAGAIMANA CARANYA BOS?

Mudah sahaja, di sini kami menawarkan diri untuk menjadi orang tengah antara si Pembeli dan Penjual. Sebelum membuat transaksi atau pembelian, kedua-dua pihak mestilah bersetuju untuk melantik kami sebagai PERANTARA atau orang tengah. Jangan risau, segala perbincangan berkaitan harga barang kami tidak akan campur tangan. Ini atas persetujuan buyer dan seller yang terlibat sahaja. Bila kedua-dua pihak dah bersetuju, barulah inform kami.

Ringkasnya begini, mana-mana buyer yang nak melakukan pembelian secara online dan takut ditipu. Anda inform kepada seller tersebut yang anda nak membeli barangnya melalui kami. Jika dah bersetuju, bagi tau kami.


Kami akan mengenakan sedikit cas perkhidmatan kepada seller. Buyer tak perlu risau, sebab anda tidak perlu bayar apa-apa kepada kami. FREE je. Berapa harga yang seller jual, itulah harga yang anda perlu bayar. Kami akan settlekan duit anda dengan seller tersebut. Apa yang perlu anda lakukakan, hanya bank in duit tersebut kepada kami terlebih dahulu mengikut jumlah yang telah dipersetujui, bila barang dah sampai dan anda berpuas hati, kami akan serahkan duit anda kepada seller tersebut. 

Tapi sekiranya berlaku penipuan oleh seller, seperti barang yang anda terima tidak sama dengan apa yang dinyatakan atau anda diberi barang fake, duit anda akan kami kembalikan dan seller tidak akan dapat sesen pun duit anda. Yang pasti anda dapat semula duit anda tadi. InsyaAllah, semuanya akan diselesaikan secara baik.

Dengan perkhidmatan ini, anda sebagai buyer tak perlu risau lagi, sebab kami ada membantu anda menghilangkan risiko kerugian 100%. Tiada risiko penipuan lagi. 

Kalau berminat boleh pm kami di page Kami Suka Barang Vintage atau direct Whatsapp kami di 017-648 8101.

Semoga bermanfaat...

Tolong share kepada rakan-rakan kita supaya tak terkena lagi dengan penipu-penipu di luar sana. Kesian kat dorang, bukan senang nak cari duit zaman sekarang ni. #WeLoveVintage

ini contoh kes penipuan terbaru..
Kes tipu terbaru. Dilaporkan pada, Isnin, 18 Jan 2016


Kena tipu RM400
Hampir kena tipu oleh seller yang sama

Orang persoalkan, betul ke barang dia atau ambil pic orang lain

No comments:

Post a Comment