Tuesday, 26 January 2016

Vintage Adidas Cap


Vintage Adidas Cap
Condition: A++ (macam Nora Danish time bujang)
Size: Adjustable
Price: RM100 sahaja
Whatsapp: 017-648 8101


VINTAGE SPARTA SHOE




Vintage Sparta
Condition: A
Size: 9.5-10UK
Price: RM250 sahaja
Whatsapp: 017-648 8101

Monday, 18 January 2016

Cara Mengelakkan Penipuan Online


Akhir-akhir ini banyak sangat penipuan berlaku dari transaksi secara online, sehingga kini semua orang mencari solusi yang paling trbaik namun masih tak jumpa. Akhirnya duit melayang begitu sahaja. Bukan sekadar puluhan ringgit, malah ada yang sampai ratusan bahkan ribuan ringgit semata-mata kerana ingin mendapatkan barang idaman yang sudah lama dicari. Tapi ditipu pula oleh si penjual yang tidak bertanggungjawab.

Kebiasaannya, MASALAH DAN PERSOALAN yang sering membelenggu pembeli online adalah seperti berikut:
  • Adakah kualiti barang sama seperti yang dinyatakan si penjual?
  • Adakah harga barang sepadan dengan kondisi barang yang akan dibeli?
  • Barang original atau fake?
  • Ukuran yang dinyatakan tepat tau tidak? dan...
  • Yang paling ditakuti sekali adalah, gambar yang ditunjukkan adakah betul-betul gambar si penjual atau hanya gambar yang didownload dari mana-mana website kemudian diguna untuk menipu?
Oleh itu, kami komuniti Pencinta Barang Vintage rasa terpanggil untuk membantu menyelesaikan masalah buyer dan seller-seller yang jujur di luar sana. Bukan apa, kesan dari sindiket penipuan ini bukan hanya merugikan pembeli sahaja, tapi juga penjual online yang betul-betul ingin berniaga. Tapi apakan daya, hanya kerana seorang dua yang buat hal, semua peniaga online terkena tempiasnya. Bak kata pepatah melayu dulu-dulu "Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga"

BAGAIMANA CARANYA BOS?

Mudah sahaja, di sini kami menawarkan diri untuk menjadi orang tengah antara si Pembeli dan Penjual. Sebelum membuat transaksi atau pembelian, kedua-dua pihak mestilah bersetuju untuk melantik kami sebagai PERANTARA atau orang tengah. Jangan risau, segala perbincangan berkaitan harga barang kami tidak akan campur tangan. Ini atas persetujuan buyer dan seller yang terlibat sahaja. Bila kedua-dua pihak dah bersetuju, barulah inform kami.

Ringkasnya begini, mana-mana buyer yang nak melakukan pembelian secara online dan takut ditipu. Anda inform kepada seller tersebut yang anda nak membeli barangnya melalui kami. Jika dah bersetuju, bagi tau kami.


Kami akan mengenakan sedikit cas perkhidmatan kepada seller. Buyer tak perlu risau, sebab anda tidak perlu bayar apa-apa kepada kami. FREE je. Berapa harga yang seller jual, itulah harga yang anda perlu bayar. Kami akan settlekan duit anda dengan seller tersebut. Apa yang perlu anda lakukakan, hanya bank in duit tersebut kepada kami terlebih dahulu mengikut jumlah yang telah dipersetujui, bila barang dah sampai dan anda berpuas hati, kami akan serahkan duit anda kepada seller tersebut. 

Tapi sekiranya berlaku penipuan oleh seller, seperti barang yang anda terima tidak sama dengan apa yang dinyatakan atau anda diberi barang fake, duit anda akan kami kembalikan dan seller tidak akan dapat sesen pun duit anda. Yang pasti anda dapat semula duit anda tadi. InsyaAllah, semuanya akan diselesaikan secara baik.

Dengan perkhidmatan ini, anda sebagai buyer tak perlu risau lagi, sebab kami ada membantu anda menghilangkan risiko kerugian 100%. Tiada risiko penipuan lagi. 

Kalau berminat boleh pm kami di page Kami Suka Barang Vintage atau direct Whatsapp kami di 017-648 8101.

Semoga bermanfaat...

Tolong share kepada rakan-rakan kita supaya tak terkena lagi dengan penipu-penipu di luar sana. Kesian kat dorang, bukan senang nak cari duit zaman sekarang ni. #WeLoveVintage

ini contoh kes penipuan terbaru..
Kes tipu terbaru. Dilaporkan pada, Isnin, 18 Jan 2016


Kena tipu RM400
Hampir kena tipu oleh seller yang sama

Orang persoalkan, betul ke barang dia atau ambil pic orang lain

Thursday, 14 January 2016

Converse "Designed in USA" vs "Made in USA"


Sepanjang pemerhatian kami, masih ramai di antara peminat kasut berjenama yang keliru dengan term yang digunakan oleh syarikat-syarikat besar. Contohnya istilah "Designed in.." dan "Made in.."

Term ini sebenarnya membawa dua maksud yang berbeza. Satu bermaksud kasut tersebut hanya dipatternkan di USA, manakala term yang satu lagi membawa maksud ianya memang dikeluarkan di USA.

Tapi adakah kedua-dua kasut ini original?

Ya, kedua-dua kasut ini still original. Cuma bezanya Made in USA memang didesign sendiri oleh company Converse dan dikeluarkan di USA, negara asal. Istilah Designed in USA ni pula wujud sebab kasut yang dimaksudkan tadi dikeluarkan di negara lain selain USA dengan cara mengambil pattern kasut yang sama dari syarikat induk di USA dan tiru sebijik-sebjik.

Ada yang bertanya, tidak salah ke meniru?

Dalam kes ini Tidak, sebab mereka dah mendapat kelulusan dari company asal. Maksudnya mereka copy secara sah ataupun halalan toyyibah. Hehe

Alaaa.. nanti dorang bayar juga komisen kat HQ tu sebab bagi hak pattern kat dorang. Apa susah? Dorang untung, HQ lagi untung sebab ada orang nak tolong promote & jualkan brand dorang. Inilah bisnes broo.. :)

Ok.....

Selain daripada istilah Designed in... sebenarnya ada lagi satu istilah yang membawa maksud hampir-hampir sama dengannya, iaitu "Under Licence". Kalau tadi istilah Design in bermaksud kasut tu dikeluarkan di negara selain dari USA sahaja, istilah Underlicense pula membawa maksud kasut tu sama ada di keluarkan di negara lain atau pun USA sendiri, tak kisah. Yang pasti kedua-duanya dikeluarkan oleh company lain atau anak syarikat Converse setelah mendapat kelulusan.

Perbezaan yang jelas boleh kita tengok di sini ialah, jika ada istilah Underlicense maksudnya tak kira di mana sahaja tempat ia di keluarkan, sama ada di USA ke..Korea ke..China ke..barang still sama, yang penting buat oleh company lain, bukan induk. Tapi kalau istilah ada istilah Designed in.. memang comfirm dah kasut tu dibuat di negara lain, cuma di patternkan di USA. ^.^

Begitu juga dengan jenama-jenama lain seperti Nike, Puma dan Adidas. Konsepnya tetap sama. Tak kirala produk apa pun.

Kasut Converse Under License yang dikeluarkan di Korea

Topi Adidas Under License dikeluarkan oleh Descente

Ok bro?
Boleh faham dah?

Kalau ok, boleh minta tolong korang SHARE sikit dengan sahabat-sahabat kita yang lain?
Komuniti pencinta vintage kat Malaysia sekarang ni masih kecik lagi..so, jom kita sama-sama kembangkan.

#WeLoveOldschool
.....Yeaahhh

Tuesday, 12 January 2016

SEJARAH CONVERSE ALL STAR

Kilang Kasut Getah Converse
Ramai di kalangan kita yang memakai kasut Converse tapi tak tau sejarahnya, betul? So hari ni kami nak cerita sikit pasal kasut ni.. :)

Ok kita mula....

Syarikat kasut getah Converse ni sebenarnya bermula pada tahun 1908 di Malden,Massachusetts, sebuah kota di US dan ia diasaskan oleh lelaki yang bernama "Marquis Mills Converse".

KELAHIRAN ALL STAR


Tahun 1917, syarikat Converse telah mengeluarkan kasut  "All Star". Kasut bertapak getah dan body kanvas ini merupakan kasut elit yg direka khas untuk kegunaan pemain profesional basketball pada zaman itu.

Kemudian pada 1921, seorang pemain basketball yang bernama Charles Chuck Taylor telah menyertai pasukan basketball tajaan syarikat Converse yang dikenali sebagai "The Converse All Stars".

Chuck Taylor ketika menjadi jurulatih dan membuka klinik latihan di kebanyakan sekolah menengah pada masa itu, dia juga turut mempromosikan kasut All Star. Sebagai seorang athlete, jurujual dan duta kepada syarikat, Taylor membuat sedikit penambahbaikan dan patch bulat tu adalah salah satu ideanya. Fungsinya untuk melindungi buku lali.



ERA KEEMASAN CONVERSE

Kesan daripada pengaruh Chuck Taylor dalam bidang pemasaran dan pengembangan kasut ini, sayarikat Converse telah membuat penjenamaan semula dengan menambahkan tanda tangan Chuck Taylor pada logo ALL STAR di patch bulat kasut tersebut. ia dilakukan pada 1932.
Ketika itu, semakin ramai pemain basketball menggunakan kasut All Star. ia juga turut dipakai pula oleh ahli sukan Olympics. Bukan itu sahaja, pada Perang Dunia ke-2, kebanyakan tentera Amerika turut memakainya sewaktu menjalankan latihan.

Era keemasan Converse adalah pada tahun 1940-1960an, ketika itu ia menjadi sneaker paling popular untuk kegiatan atletik. Dikatakan pada era kemuncaknya, ia telah mengusai sekitar 80% pasaran sneaker di US. Syarikat Converse juga telah membuat inovasi design pada era tersebut. Mereka memperkanalkan ikon hitam-putih Chuck Taylor All Star pada tahun 1949 dan low-cut Oxford Chuck pada 1957. Dan sehinggalah pada era 1960an mereka mula mengeluarkan Chuck Taylor versi berwarna bagi memenuhi permintaan dari team basket lain untuk dipadankan dengan pakaian mereka.

Pada 1960an juga, Converse mula mengembangkan syarikat mereka dan membuka lebih banyak kilang dari masa ke semasa dan kasut "Converse Chuck Taylor All Stars" sudah digunakan sekitar 90% dari pemain basketball bertaraf profesional sehinggalah ke peringkat pelajar universiti. Beberapa tahun kemudian, kasut ini semakin mendapat tempat dan menjadi salah satu kasut kegilaan ramai.

Sepanjang tahun tersebut, kasut Converse Chuck Taylor All Stars telah mangalami sedikit kejutan budaya..hehe asalnya hanya digunakan sebagai kasut elit pemain basketball, tapi ia akhirnya beralih kepada kasut kasual dan menjadi pilihan ramai dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah para pelukis dan pemuzik terkenal. ia telah menjadi satu trend.

Converse All Star di mana-mana

KEJATUHAN CONVERSE

Meskipun ia adalah legasi yang diangkat sebagai kasut basket terlaris sepanjang masa, perubahan nasib Converse berada pada pasaran kasut Chuck Taylor All Star. Pada lewat 70an, pasaran mereka telah terpukul dengan kehadiran pesaing-pesaing baru seperti Nike, Adidas dan Puma yang turut fokus dalam mengeluarkan kasut sukan berkualiti tinggi.

Selepas beberapa perubahan management berlaku, jenama Converse musnah dan terbakar di awal tahun 2000. Seterusnya hampir mengiktiharkan bankrup pada 2001. Namun berjaya diselamatkan oleh syarikat Nike Inc.

Tree Rollins adalah pemain terakhir yang memakai Converse All Stars di NBA apabila pada 1979-1980 dan dia turut serta dalam mengubah suai kasut Chuck Taylors. Mereka mengeluarkan patch Bintang Bulat di buku lali dan digantikan dengan Bintang Chevron yang dijahit di sisi kanvas.

Logo Converse Chevron

Sekian sedikit perkongsian dari kami
Mohon share kepada kawan-kawan yang lain jika lu benar-benar pencinta Vintage. Assalamualaikum :D   #WeLoveOldschool